Thursday 27 January 2011

RASA INI TIDAK AKAN PERNAH MATI...:'(


Entah kenapa,rasa yang selama ini cuba aku padamkan,ia kembali menerjah dalam hidup ku.Aku baru ingin mencuba untuk hidup bersendirian.Aku ingin belajar untuk melupakannya.Dan aku hampir pulih daripada segala kesakitan itu,dan aku cuba bangkit daripada segala kekalutan itu.Aku suarakan rasa hati aku bahawa aku tidak lagi mempunyai sebarang rasa terhadapnya.Aku mengaku kepada rakan di sekelilingku bahawa aku tidak lagi mencintainya.Dan apa yang aku dapat???Aku hampir mengecapi bahagia yang aku wujudkan sendiri tanpa insan bergelar kekasih di sampingku.Tetapi realitinya,tidak dapat aku nafikan lagi!!!Hari-hari yang aku lalui terasa kosong!!!Aku mungkin berpura-pura bahagia!!!Aku mungkin berpura-pura gembira!!Rasa ini pada waktu dan ketika ini benar-benar mencengkam jiwa.Puas aku cuba untuk menipu diri bahawa aku sudah tidak punya rasa sayang mahupun cinta terhadap dirinya.Tetapi hakikat dan realiti yang pasti dan nyata aku masih menyayangi dan mencintainya!!!Adakah aku bodoh kerana masih menginginkannya???Adakah aku buta kerana masih mencintainya???Dia kini telah menjadi milik orang.Hari-hari yang dilaluinya bahagia tanpa aku di sisi.Tetapi aku???Tiada siapa yang mampu mengerti rasa dihati ini.

No comments:

Post a Comment